Agthia Memulakan Perjalanan Transformasi dengan Strategi mereka untuk Menjadi sebuah Pemimpin F&B menjelang Tahun 2025

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu-Selasa 13 April 2021 [ AETOS Wire ]

Agthia Group PJSC mendedahkan strategi jangka panjang mereka untuk menjadi sebuah pemimpin F&B di rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Pakistan (MENAP) dan seterusnya menjelang tahun 2025. Strategi itu dibina di atas tiga tonggak strategik (pertumbuhan, kecekapan dan keupayaan) dan ia dirancang untuk memperluaskan kepimpinan pasaran Kumpulan itu, menyediakan nilai yang signifikan bagi semua pihak berkepentingan dan terus mendorong pertumbuhan keuntungan dengan satu pendekatan yang berpusatkan pengguna.

Organisasi yang berpusat di Abu Dhabi itu terlibat di dalam bidang pembuatan, pengedaran dan pemasaran bagi pelbagai jenis produk F&B, termasuk jenama serantau yang popular seperti Al Ain (air), Al Foah (kurma), Al Faysal Bakery & Sweets (membuat roti) dan Grand Mills (tepung dan membuat roti) antara lain.

Khalifa Sultan Al Suwaidi, Pengerusi, Kumpulan Agthia, berkata: “Strategi itu akan memanfaatkan potensi sepenuhnya bagi keupayaan luar biasa yang telah kami bina, mewujudkan peluang-peluang yang lebih besar bagi rakyat kita, dan bertindak sebagai satu pemangkin bagi kami untuk sekali lagi menetapkan tanda aras baharu di dalam industri F&B.”

Alan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Agthia, berkata: “Strategi kami berasal daripada satu penilaian mendalam mengenai perniagaan itu dan satu visi yang jelas berhubung ke mana kami ingin pergi. Kami akan terus bersikap lebih padu, melindungi perniagaan teras kami dan memastikan bahawa kemajuan kami adalah tangkas dan berjalan dengan pantas.”

Pertumbuhan

Agthia akan mencapai pertumbuhan dengan meningkatkan di dalam pasaran keutamaan, berkembang ke dalam kategori tambah nilai dan memacukan peningkatan margin menjelang tahun 2025. Ini akan dimungkinkan dengan memperkukuhkan asas teras, termasuk memperkuatkan kategori air, melindungi kategori tepung dan makanan serta mengalihkan gabungan portfolio itu ke arah kategori margin yang lebih tinggi.

Sebagai tambahan, Agthia telah memulakan ke atas satu strategi pertumbuhan tak organik yang teguh yang ditumpukan kepada pemerolehan syarikat-syarikat dengan jenama pengguna yang kuat yang menjadi pemimpin pasaran di dalam kategori mereka masing-masing.

“Strategi itu akan menjanakan sinergi kos dan pendapatan melalui peluang-peluang penjualan bersilang dan meningkatkan portfolio jenama serantau Kumpulan itu,” kata Smith.

Kecekapan

Agthia mensasarkan penjimatan sebanyak AED200 juta melalui pengekstrakan sinergi serta pemudahan bagi perniagaan mereka yang sedia ada dan yang diperolehi. Bersama dengan perkongsian strategik untuk pengedaran dan pemasaran, organisasi itu akan meningkatkan kecemerlangan komersial dan modal kerja, pengoptimuman operasi, perolehan yang padu serta pengurusan rantaian pembuatan dan bekalan. Aset tidak berskala akan dilupuskan sementara pembekal dan spesifikasi akan diperkemaskan.

Keupayaan

Agthia akan terus mengembangkan modal insan mereka dan memperoleh bakat tambahan dengan satu perhatian yang jelas kepada kepakaran pengurusan kategori, untuk menyelaraskan keupayaan mereka dengan tuntutan yang dijangkakan bagi sebuah organisasi yang sedang berkembang.

Tumpuan utama mereka untuk lima tahun akan datang termasuk pendigitalan sistem pengurusan prestasi dan melaksanakan inisiatif perubahan secara menyeluruh dengan satu penekanan berterusan terhadap kelestarian dan inovasi.

Kumpulan itu akan terus meningkatkan kecekapan di dalam operasi mereka, mengoptimumkan portfolio produk, mengekalkan satu kerangka peruntukan berprinsip dan mengambil agenda Persekitaran, Sosial & Tadbir Urus (ESG) yang terbaik dalam kelasnya untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menyampaikan pulangan pemegang saham selaras dengan standard global.

Untuk maklumat lanjut: www.agthia.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


Contacts

Shahla Kashif

skashif@quillmena.com

+971559534795

 





Permalink : https://www.aetoswire.com/ms/news/agthia-memulakan-perjalanan-transformasi-dengan-strategi-mereka-untuk-menjadi-sebuah-pemimpin-fampb-menjelang-tahun-2025/ms

Multimedia

Permalink : https://www.aetoswire.com/ms/news/agthia-memulakan-perjalanan-transformasi-dengan-strategi-mereka-untuk-menjadi-sebuah-pemimpin-fampb-menjelang-tahun-2025/ms