Ayesha Daya
adaya@bluefivecapital.com
Porsche telah bersetuju untuk menjual pegangan ekuiti dalam Bugatti Rimac.
Porsche dan Rimac Group telah menubuhkan Bugatti Rimac sebagai usaha sama pada tahun 2021 untuk menjadi pusat kepada jenama ikonik Bugatti. Dalam usaha sama ini, Porsche memegang kepentingan minoriti sebanyak 45%, manakala Rimac Group memiliki sebanyak 55%. Porsche juga turut memegang 20.6% kepentingan dalam Rimac Group.
Sebagai sebahagian daripada urus niaga yang diumumkan hari ini, Porsche akan melupuskan sepenuhnya pegangan ekuiti dalam Bugatti Rimac dan Rimac Group kepada sebuah konsortium yang diketuai oleh HOF Capital. Ini termasuk BlueFive Capital sebagai pelabur terbesarnya, serta sekumpulan pelabur institusi di seluruh AS dan EU. Setelah selesai, Rimac Group bersedia untuk mengambil alih Bugatti Rimac dan membentuk perkongsian strategik dengan BlueFive Capital dan HOF Capital untuk menyokong pertumbuhan berterusannya.
Hazem Ben-Gacem, Pengasas dan Ketua Eksekutif BlueFive Capital: “Bugatti merupakan lambang obsesi automotif, yang terhasil daripada usaha Ettore Bugatti dalam menyatukan aspek estetika dan prestasi. BlueFive Capital menganggap peluang ini lebih daripada sekadar urus niaga kewangan, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan seluruh pasukan Bugatti Rimac bagi memastikan legasi tersebut terus dihargai oleh generasi akan datang.”
Dr. Michael Leiters, Ketua Pegawai Eksekutif Porsche AG: “Dalam menubuhkan usaha sama Bugatti Rimac bersama-sama dengan Rimac Group, kami telah berjaya meletakkan asas untuk masa depan Bugatti. Dan sebagai pelabur peringkat awal Rimac Group, Porsche telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam membangunkan Rimac Technology menjadi sebuah syarikat teknologi automotif Tahap-1 yang mantap. Kini, susulan penjualan pegangan kami, tumpuan Porsche beralih kepada perniagaan teras. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mate Rimac dan pasukannya atas kerjasama erat serta kepercayaan yang terjalin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”
Mate Rimac, Ketua Pegawai Eksekutif Bugatti Rimac: “Porsche merupakan rakan kongsi yang penting, dan kami amat berterima kasih atas peranan mereka dalam menubuhkan Bugatti Rimac. Berteraskan asas kukuh yang dibina melalui sokongan mereka, kami kini mempunyai struktur yang membolehkan pelaksanaan visi jangka panjang dengan lebih pantas. Kami mengalu-alukan jalinan kerjasama dengan rakan kongsi baharu.”
Perihal BlueFive Capital
BlueFive Capital merupakan platform pelaburan global yang kini mempunyai AUM bernilai $15 bilion, dan memberi tumpuan kepada peluang dalam ekonomi berpotensi tinggi dengan tujuan untuk mengubah model kewangan tradisional dan memupuk pertumbuhan yang mampan. Diperbadankan di Pasaran Global Abu Dhabi dan mempunyai pejabat di London, Manama, Abu Dhabi, Dubai, Muscat dan Beijing, firma ini turut menawarkan ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur dan produk kewangan kepada pelanggan individu berpendapatan tinggi, institusi serta runcit.
BlueFive Capital ditubuhkan pada akhir tahun 2024 dan diketuai oleh Hazem Ben-Gacem, salah seorang profesional berpengalaman paling lama dalam industri ekuiti persendirian global. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.bluefivecapital.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Ayesha Daya
adaya@bluefivecapital.com